PENGENALAN
Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu.
Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaumberkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut. Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra .Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.
Permainan alat perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkandan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu,permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka.
Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangatkerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian,guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :
1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimanakebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secaraformal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinyaakan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargainilai seni bunyi.
3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapatmenghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.
Antara kelebihan bermain alat perkusi adalah menguji ketajaman pendengaran. Contohnya seperti murid dapat mengenalpasti rangkai lagu, imbangan bunyi,tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi.
Di samping itu, melalui permainan alat perkusi juga menguatkandaya Ingatan di mana kanak-kanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagumelalui latihan muzikal. Selain itu, latihan mata juga dapat dilakukan melaluibermain alat perkusi ini. Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malahboleh lebih pantas dari sebutan