Alat Perkusi Tidak Berpic
Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah:
a. Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang
b. Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.
c. Biasanya dalam keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.
d. Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.
Tiap jenis alat perkusi tidak berpic ini terdiri daripada berbagai bentuk dan saiznya. Alat perkusi tidak berpic yang bentuk dan saiz yang berbeza manghasilkan bunyi ton yang tidak sama. Ada yang menghasilkan bunyi yang tinggi dan ada yang rendah tonnya.
Contohnya bunyi gendang di mana lebih besar permukaan gegendangnya maka rendahlah bunyinya. Jika kecil permukaan gegendangnya maka tinggi atau nyaringlah bunyi yang dihasilkannya.
Alat muzik perkusi tanpa pic menggunakan klef perkusi. Ia tidak menggunakan baluk lima garisan. Ia tidak memerlukan ruang atau garisan untuk menyatakan pic-pic muzik. Ada alat muzik perkusi yang dibina satu unit atau set berpasangan. Contoh alat muzik satu unit ialah tamborin, dram samping, dram bes, simbal dan lain-lain. Skor alat muzik seperti ini hanya menggunakan baluk satu garisan sahaja. Baluk dua garisan biasanya digunakan untuk alat muzik set berpasangan 7(d) Drumset dan aksesori (misalnya conga dan bongo).