top of page

TUGASAN 1

 

1.0 PENGENALAN

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang masih berada di sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan teknologi sebagai Alat Bantu Mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran tidak akan menghasilkan kesan yang diharapkan sekiranya penggunaannya tidak dirancang secara terperinci. Justeru, bagi menghasilkan satu rekabentuk pengajaran yang mengandungi elemen teknologi, model ASSURE dan model ADDIE merupakan model rekabentuk yang sering menjadi pilihan para pendididk.

 

 

2.0 PERBEZAAN MODEL ‘ASSURE’ DAN ‘ADDIE’.

            2.1 KONSEP

            Dari segi konsep, terdapat perbezaan yang signifikan antara Model ASSURE dan Model ADDIE. Model ASSURE merupakan sebuah model rekabentuk pengajaran yang berskala kecil. Model ini berorientasikan bilik darjah dan lebih tertumpu kepada perancangan bagi satu- satu masa pengajaran. Hal ini bermakna, Model ASSURE ini amat sesuai digunakan oleh golongan pendidik untuk melaksanakan aktiviti dalam mana- mana sesi pengajaran dan pembelajaran.

            Model ADDIE pula merupakan satu pendekatan bersistem untuk menghasilkan penerbitan bahan, media atau perisian. Hal ini bermakna, Model ADDIE ini tidak menekankan pelaksanaan rekabentuk pengajaran di dalam kelas tetapi lebih tertumpu epada penghasilan produk atau media yang akan digunakan sebagai Alat Bantu Mengajar.

 

            2.2 PERINGKAT

            Perbezaan yang ketara juga dapat dilihat dari aspek peringkat yang terdapat di dalam kedua- dua model rekabentuk pengajaran ini. bagi Model ASSURE, terdapat 6 peringkat keseluruhannya iaitu, analisis pelajar (analyse learner), menyatakan objektif pembelajaran        (state learning objectives), memilih kaedah, media dan bahan (select methods), menggunakan media dan bahan (utilise media and materials), mendorong pengelibatan pelajar (require learner participation), dan akhir sekali menjalankan penilaian (evaluation).

            Bagi Model ADDIE pula, peringkat- peringkat yang terkandung di dalam model ini ialah menganalisis (analysis), reka bentuk (design), pembangunan (development), pelaksanaan (implementation) dan penilaian (evaluation).

 

 

TUGASAN 2:

PENULISAN AKADEMIK

 

PENGENALAN

Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.

 

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, teknologi membawa maksud lmu tentang cara mencipta barang-barang dlm perusahaan seperti bangunan, jentera, perisisan dan lain- lain.

 

Heinich, Molenda dan Rusell (1969) pula mengatakan, “Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedahdan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan“pemangkin” ke arah mencapai kejayaan.

 

 

KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

 

Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam menggunakan teknik- teknik baru yang lebih moden dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai teknologi seperti komputer, LCD, CD, , , , dan sebagainya. Semua perkara yang berkaitan dengan teknologi mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.

 

Hal ini kerana, melalui penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknik- teknik terkini yang dapat membantu pelajar dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan teknologi ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.

Di samping itu guru juga dapat menambah pengetahuan mengenai sistem teknologi dan media melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan teknologi dan media yang mereka gunakan di samping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ini.

Dalam era dunia tanpa sempadan, ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan elemen- elemen teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam tentang perkara ini amat penting bagi guru agar ianya dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid.

 

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah, ia dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Hal ini demikian kerana, di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Menurut Kamus Dewan, kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, dan lain-lain seperti kepandaian, kepintaran, kecerdikan). Istilah kecerdasan sering dikaitkan dengan kemampuan seseorang untuk bertindak, bekerja, menghitung matematik, mengukur, membaca cepat, berbahasa asing dengan lancar, memecahkan masalah, bekerjasama, sabar, pintar, IQ di atas rata-rata, pengambilan keputusan, dan mengerjakan banyak hal sekaligus. Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian (Howard Gardner, 2005).

 

Justeru itu melalui penggunaan teknologi, murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan di samping boleh diseduaikan dengan kecerdasan murid tersebut, hasil daripada penggunaan alat teknologi. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dalam proses pembelajaran dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem dam teknik yang diajar.

 

Teknologi pendidikan perlu dititikberatkan dalam penyampaian kandungan P&P oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakera keras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya pembelajaran terkini, seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri; melalui permainan dan inkuiri penemuan; dan berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi. 

 

 

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

 

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan untuk mengintegrasikan elemen teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Di samping menjadikan proses P&P semakin mnyeronokkan, penggunaan teknologi dalam pembelajaran dapat memastikan kefahaman murid lebih tekal dan mendalam hasil aktiviti yang mereka laksanakan sendiri dengan bantuan alat tekologi.

 

    3.1 VIDEO

Sebagai contoh, penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai kelebihan sama ada digunakan secara sendirian atau secara intergrasi berkumpulan. Ini kerana penggunaan video dalam pendidikan dapat menarik menarik perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam subjek Pendidikan Muzik, murid perlu didedahkan dengan tekik bermain instrument melalui teknik demonstrasi. Dengan menggunakan alat teknologi seperti video, guru dapat melaksanakan proses demonstrasi ini dengan mudah dan berkesan. Guru boleh menayangkan video cara memegang alat muzik seperti rekorder dan teknik permainannya dengan kaedah yang amat menarik perhatiab murid.

     3.2 AUDIO

Seterusnya, penggunaan audio dalam mengajarkan subjek Pendidikan Muzik adalah sangat berkesan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini. boleh dikatakan, audio merupakan elemen yang paling banyak digunakan dalam kelas Pendidikan Muzik. Penggunaan audio dalam kelas muzik adalah sangat meluas. Salah satu aktiviti yang dapat dilaksanakan dengan bantuan elemen teknologi ini ialah proses mengajarkan warna ton kepada murid- murid. Warna ton merupakan jenis- jenis bunyi yang berbeza yang dihasilkan sama ada oleh manusia, alam ataupun alat muzik. Justeru, dengan menggunakan teknologi, guru boleh memperdengarkan audio yang mengandungi pelbagai jenis bunyi alat muzik kepada murid dan meminta mereka untuk mengenalpasti jenis- jenis alat muzik tersebut.

     3.3 SIMULATOR

Proses pebelajaran akan lebih berkesean sekiranya murid terlibat secara aktif dalam sesuatu aktiviti. Murid cenderung untuk mengingati perkara yang mereka lakukan secara amali (hands on) berbanding dengan perkara yang menggunakan audio atau visual semata- mata. Dalam mengajarkan subjek Pendidikan Muzik, terdapat kekangan apabila jumlah alat muzik tidak mencukupi untuk memastikan setiap murid mempunyai alat muzik mereka sendiri. Hal ini dapat diatasi degan menggunakan alat teknologi yang telah dicipta iaitu simulator. Sebagai contoh, untuk mengajarkan pic- pic pada papan kunci piano, guru boleh memberikan perisian ‘piano simulator’ kepada murid- murid agar mereka dapat mempelajari nada dan pic piano secara individu walaupun ketika berada di rumah.

      3.4 POWERPOINT

Penggunaan said atau powerpoint sememangnya telah lama dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sememangnya, penggunakan alat teknologi ini amat membantu guru menjimatkan masa menyediakan bahan pengajaran serta menjadikan proses P&P semakin menyeronokkan untuk para pelajar. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu guru melaksanakan P&P Pendidikan Muzik yang berkesan. Sebagai contoh, guru boleh mengajarkan perbezaan pic tinggi dan pic rendah kepada murid- murid dengan menggunakan slaid yang mengandungi bunyi- bunyi pic tersebut. Pelajar boleh mendengar bunyi yan bepic tinggi atau rendah dengan menekan kepada butang yang berkenaan pada paparan slaid.

 

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

 

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk menambahkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi elemen teknologi adalah dengan usaha guru untuk mengintegrasikan seberapa banyak alat teknologi yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. Sebagai contoh, guru tidak perlu menggunakan lembaran kertas untuk menajalankan proses pengukuhan atau pengayaan kepada murid- murid. Guru boleh mengimplementasi perisisan I-spring untuk menjalankan proses- proses tersebut. Kuiz- kuiz boleh dilaksanakan secara maya. Selain itu, guru juga boleh menggunakan Learning Management System (LMS) seperti Schoology dan melaksanakan aktiviti forum dengan enggunakan perisian tersebut agar pengelibatan pelajar berada pada tahap yang paling maksimal.

 

PENUTUP

Justeru, guru-guru perlu mengambil sikap yang terbuka dalam mengetahui dan mengenal pasti teknologi pendidikan berkesan yang dapat menggabungjalinkan teori instruksional dan teori pembelajaran. Seperti seorang tukang rumah yang mempunyai peralatan seperti tukul, paku, tangga dan sebagainya, murid-murid perlu dibekalkan dengan pelbagai peralatan (teknologi) yang dapat membantu mereka belajar dengan cepat dan berkesan. Dengan wujudnya gabungan literasi maklumat dan teknologi pendidikan yang baik, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan memberi impak yang besar dalam proses membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti yang menjadi misi Kementerian Pelajaran Malaysia. 

 

 

RUJUKAN

Amin, M. (15 Februari, 2005). EDU TEKNOLOGI DALAM PENGAJRAN DAN PEMBELAJARAN. Retrieved from Rekabentuk Pengajaran: http://edu3105-amin.blogspot.my/2011/05/topik-3.html

Hamzah, H. (2014). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku. In H. Hamzah, SIRI PENDIDIKAN GURU (pp. 35, 36, 37). Shah Alam: Oxford Fajar.

Kamaruddin, S. A. (29 Mac, 2010). Retrieved from EDU TEKNOLOGI Pengajaran dan Pembelajaran: http://norliyanayaacob.weebly.com/

Pustaka, D. B. (2 Mac, 2016). Gerbang Maya. Retrieved from Pusat Rujukan Persuratan Melayu: http://prpm.dbp.gov.my/

Zakaria, S. (24 September, 2011). Education. Retrieved from Kepentingan teknologi dalam Pendidikan: https://sumaiyyahzakariaa137439.wordpress.com/teknologi-pendidikan/peranan-dan-kepentingan-teknologi-pendidikan/

Zaki, C. (27 Mei, 2013). EDU Teknologi Dan Pendidikan. Retrieved from Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner: http://055356.blogspot.my/2013/08/kepelbagai-kecerdasan-mengikut-horward.html

 

 

 

 

 

 

bottom of page