top of page

Di bawah merupakan contoh tugasan bagi EDU3053:

TUGASAN 1

Pengurusan Grafik

 

            Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. (Morrison, Gary R. Designing Effective Instruction, 6th Edition. John Wiley & Sons, 2010). Model ini juga memberi panduan bagaimana membina latihan yang efektif dalam lima peringkat iaitu Analisis, Reka bentuk , Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian.  

            Menurut Hall (1997), model ADDIE merupakan satu rekabentuk instruksi yang asas yang boleh diintegrasikan dalam apa jua strategi pembelajaran. Didalam kajian yang dilakukan oleh Fatimah Bte Hisamuddin menyatakan bahawa proses Analisis dilakukan terlebih dahulu iaitu mengenalpasti masalah secara keseluruhan. Seterusnya , Merekabentuk bahan selepas proses analisis selesai. Yang ketiga , proses Pembangunan iaitu membangunkan perisian dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada. Yang keempat ,Pelaksanaan iaitu menguji keberkesanan serta masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa proses rekabentuk dan pembangunan. Dan yang terakhir , Penilaian adalah untuk mendapat maklum balas daripada pengguna terhadap keseluruhan perisian yang diajar.

            Manakala Model ASSURE merupakan sebuah model perancangan mengajar berasaskan bilik darjah (Yusuf Hashim, 1997).Bagi model ASSURE ,menurut Smaldino, S.E., Lowther, D.L., & Russell, J.D. (2012). Instructional technology and media for learning (10th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall ,pertama yang perlu diketahui adalah Analisis Pelajar iaitu mengenal lebih mendalam tentang pelajar itu sebelum mengajar. Yang kedua, Nyatakan Objektif Pembelajaran dimana objektif haruslah dibina berdasarkan apa yang murid akan lakukan. Dan ini mengambil kira dari segi umur pelajar ,kelakuan serta kebijaksanaan seseorang murid itu. Yang ketiga ,Pilih media dan kaedah iaitu menitik beratkan dari segi pengetahuan ,kemampuan serta kelakuan murid tersebut. Yang keempat,menggunakan media dan kaedah. Guru haruslah menujukkan bagaimana cara menggunakan media dan seterusnya memberi pelajar untuk menggunakannya. Yang kelima ,mendapat respon pelajar dimana setiap apa yang murid itu lakukan haruslah dinyatakan atau diberi tindak balas agar murid faham apa yang mereka pelajari. Dan yang terakhir adalah menilai bahan ,kaedah dan seluruh proses pengajaran. Adakah murid dapat mencapai objektif pengajaran,adakah media dan kaedah yang diberikan membantu murid untuk mencapai objektif?

 

            Manakala bagi model ADDIE pula merupakan satu pendekatan bersistem pada kerja penerbitan bahan atau perisian. Didalam kajian yang lakukan oleh Khairuddin bin Nisa dalam buku kajian Rekabentuk Instruksional Berdasarkan Model Addie ,Youngmin Lee telah melakukan kajian ke atas pelajar daripada Emporia State University Korea Selatan dimana pengkaji menggunakan model Addie ,iaitu pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar. Kemudian pelajar akan mereka bahan multimedia dan seterusnya pelajar akan membangunkan bahan yang telah direka berdasarkan minat pelajar . Pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator dan memberi motivasi bagi memastikan pelajar mengimplimentasikan aturan pembelajaran yang dirancang.Seterusnya ,pengkaji dan pelajar akan membuat penilaian ke atas bahan multimedia yang telah dihasilkan. Dan daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar lebih bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. (Youngmin,2006,pp.12-17)

.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bottom of page